Voting

Pengikut

Ahad, Mac 18, 2012

Fobia & jenis-jenisnya

Kita ni macam-macam fobia ada. Yang biasa dengar; fobia tempat tinggi, fobia kat binatang-binatang tertentu dan lain-lain. Entri blog hari ni nak kongsi artikel dari 1 akhbar tentang jenis-jenis fobia yang paling lazim dialami kebanyakan manusia hingga ada yang rasa seperti pening, mual, berpeluh & sesak nafas dek fobia punya pasal;-

1. ARACHNOPHOBIA (TAKUT LABAH-LABAH) - Fobia ini biasanya berlaku di kalangan wanita lebih daripada lelaki

2. OPHIDIOPHOBIA (TAKUT ULAR) - Sering dikaitkan dengan punca evolusi, pengalaman peribadi atau pengaruh budaya

3. ACROPHOBIA (TAKUT KETINGGIAN) - Boleh membawa kepada serangan kebimbangan & mengelakkan berada di tempat yang tinggi

4. AGORAPHOBIA - Takut situasi iaitu mereka merasakan sukar untuk melarikan diri. Ini termasuk kawasan sesak, kawasan lapang atau situasi yang mungkin boleh mencetuskan panik seperti berebut menaiki bas atau membeli tiket. Mereka yang mengalami fobia ini selalunya akan mengelak diri dari kawasan sedemikian & kadangkala lebih suka duduk di rumah. Kira-kira satu pertiga mereka yang mengalami gangguan panik adalah agoraphobia

5. CYNOPHOBIA (TAKUT ANJING) - Fobia ini sering dikaitkan dengan pengalaman peribadi tertentu seperti digigit oleh anjing ketika kanak-kanak

6. ASTRAPHOBIA (TAKUT GURUH & PENCERAH) - Juga dikenali sbg BRONTOPHOBIA, TONITROPHOBIA atau CERAUNOPHOBIA

7. TRYPANOPHOBIA (TAKUT SUNTIKAN) - Seperti kebanyakan yang lain, fobia jenis ini menyebabkan mereka yang mengalaminya mengelak diri dari mengunjungi hospital atau klinik walaupun pada masa sakit & memerlukan rawatan

8. FOBIA SOSIAL (TAKUT SITUASI SOSIAL) - Dalam banyak kes, fobia ini boleh menjadi begitu serius bahawa orang yang berkenaan mengelak peristiwa, tempat & orang-orang yang mungkin mencetuskan serangan kebimbangan

9. PTEROMERHANOPHOBIA (TAKUT TERBANG) - Kebiasaannya mereka yang fobia ini akan diberi terapi pendedahan; mereka secara beransur-ansur & progresif didedahkan dengan situasi penerbangan

10. MYSOPHOBIA (TAKUT KUMAN ATAU KOTORAN) - Mungkin berkaitan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Juga dikaitkan dengan masalah mental & sering mengelak diri daripada bersentuhan dengan orang lain

* Sumber BH, 18 Mac 2012

Sabtu, Mac 17, 2012

Doa bertemu jodoh (untuk wanita)

Dikongsi untuk pelawat-pelawat blog ini; untuk yang masih tercari-cari jodoh.. bolehlah amalkan surah ni. Tak salah kita berusaha


Salah ker sahut cabaran?

Menyahut cabaran; tak semua orang mahu & berani melakukannya kerana terselit risiko sebaliknya. Contoh paling senang; si penakut dicabar oleh kawan-kawan untuk terjun tiruk ke dalam sungai. Kelemahan "takut pada ketinggian" @ mungkin "takut mandi sungai/laut" dijadikan modal kawan-kawannya untuk mengejek & mencabar, "Kalau kau anak jantan, kau terjun!!!!!!!". Habis, kalau dia tak terjun-terjun, bakal dilabel pondan ker?..

Apa ye yang mendorang seseorang itu untuk mencabar & menyahut cabaran?. Saya rasa banyak faktor & penyebabnya. Paling penting, kenapa menyahut cabaran?. Ermm... mungkin kerana sudah bosan diejek, disisih, inginkan perhatian, membuktikan sesuatu kepada si pencabar, dendam yang lama membara @ sahut cabaran sekadar untuk suka-suka?. Risiko sebaliknya tolak ke tepi dulu, fikir kemudian. KEMUDIAN??????.

Dalam banyak-banyak edisi cabar & dicabar; paling saya tak boleh terima bila bab mencabar seseorang untuk mendapatkan seseorang. Penakut sangatkah awak sampai perlu dicabar kawan? Betul-betul ikhlas ker awak semasa pergi mendapatkan seseorang yang ditarget untuk dijadikan pasangan (ikhlas menjadikan seseorang itu pasangan)? Andaikan 1 hari si dia tau situasi sebenar, berpasangan semata-mata kerana menyahut cabaran? Apa perasaan si dia?. Jari mahu ditunding kepada siapa?; - kawan yang mencabar? Diri sendiri yang mudah sangat menyahut cabaran tanpa fikir lebih lanjut kesan kemudian hari? Atau pada si dia yang akan dipersalahkan; kerana kau, aku sahut cabaran ni. Sampai hati!...

Hidup kita ni umpama roda. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Jika seringnya sebarang perbuatan negatif yang dibuat selalu "terlepas", akan ada harinya 1 hari kita kan "tersungkur" takkan mampu 'bangun' lagi..

Menyahut cabaran tak salah jika sebaliknya ia satu perkara positif untuk kita, masa depan & orang keliling. Tapi seboleh-bolehnya elakkan dari menyahut cabaran negatif yang pada akhirnya ia merosakkan diri, masa depan & hubungan kita dengan orang keliling. Ada masa-masanya lebih baik kita dilabel penakut, anti sosial, seorang yang bosan dan sebagainya daripada kita menyahut cabaran & pada 'penghujung hari', kita juga yang 'rugi'.!!.

Fikir-fikirkan. Wallahualam...
Related Posts with Thumbnails